Friday, November 18, 2011

Goodbye , hello


Alhamdulillah , everything turn out to be extraordinary . Its perfect .

Pada pagi yang cerah ,

Aku sampai ke sekolah dan terus keluar dari kereta dengan menyandang beg nikon yang ada kamera di dalamnya . Di tanganku terdapat satu raket dan satu bulu tangkis malangnya bulu tangkis tersebut sudah terlalu uzur dan sudah pun selamat dikebumikan . Okey , lepas itu , aku naik ke tingkat atas kantin menggunakan tangga . Boleh penat jugak naik tangga tuh .

Kemudian , aku masuk ke kelas tingkatan 1 Ibnu Sina . Ahhh , cantik sungguh kelas ini . Hati aku mula rasa sebak . Nanti tahun depan , aku dah pun ting. 2 dan tidak akan jejak lagi kelas ini . Ahhh , ketepikan rasa itu . Lepas itu , aku terus duduk di atas kerusi , menatap wajah Shakinah sebentar . Ahhhhh , cantik sungguh kawan aku ini . Tahun depan , dia takde dah dekat sekolah Abim . Rasa sebak kembali menerpa . Aku ketepikan lagi rasa itu .

Tiba-tiba , Shakinah menegur aku , dan kami chit chat chit chat . Dan kemudian , seorang insan yang aku kenali masuk ke dalam kelas dan memberhentikan perbualan kami . Ohhh , Najla rupanya . Then , kami semua chit chat chit chat , dan mengambil sedikit gambar . Setelah lama berbual , kami berhenti kerana tiada lagi topik untuk dibincangkan .

Untuk menghilangkan kebosanan , aku dan Shakinah mengambil raket dan mula bermain badminton . Shakinah seolah olah bermain seperti Lin Dan & asyik mengalahkan aku . Aku redha . Kami berhenti setelah penat memegang raket . Kemudian , geng geng yang lain serbu kelas ting. 1 . Kelas sudah mula jadi bising dan kepoh . Ahhhh , inilah kawan kawan aku .






Pada pagi yang kedua yang tak berapa cerah ,

Ustaz Nazzil menolak pintu kelas ting. 1 dan berkata , kanak kanak semua turun sekarang . Lebih kurang begitu lah . Kemudian kami tergelak xD

Kami turun ke tapak perhimpunan . Aku , Mai dan Nisa tidak memakai kasut , sebaliknya kami memakai selipar flip flop kami kerana tidak cukup duit untuk membeli kasut di pasar malam . Tolonglah kasihankan kami xD

Di tapak perhimpunan , kami dikehendaki untuk duduk di atas simen/lantai/bumi . Aku duduk di barisan belakang . First , ada persembahan dari budak Seri;Boria . Kami sempat snap snap gambar . *Tak kuasa dah nak skema skema lagi . Oh , lupe , sebelum tuh , kitorang kena nasyid Asmaulhusna & nyanyi lagu sekolah . Then , lepas dh habis boria tuh semua , start laa senam arobiknyaaa . Best tuh best laa jugak . Tapi , kitorang malu kott nk senam tuh . Sebab cara senam dia tuh lain daripada yang lain . So , kitoang diri je laa kat situ sambil joget joget sikit . ewaaaaaaaaaaaaaaah . Tiba-tiba ade keluar lagu korea never say goodbye ost my girl . So , aku dengan ili macam excited laa , terjoget joget sambil nyanyi .

Dah habis senam arobik tuh , kitorang naik kelas . Ili ajak tengok cerita Death Bell . Aku macam tak nak tengok . Tapi , bile dengar je nama Kim Bum , aku terus teringin nak tengok cerita tuh . Best jugak laa cerita tuh , tapi seram . Tengok punya tengok , dah nak rehat , aku stay still jee dekat kerusi sebab nak tengok kim bum xD














Pada pagi yang nak masuk tengahari ,

Aku tak tau nak buat apa . Jadi , aku merayau sana sini . Lepak lepak sana , lepak lepak sini . Then , tatap sekejap sekolah rendah sebelah , ahhhhhhhhhhhhh , rindunya tahun lepaaaas . Then , kak Farisha gojess cun comel nih datang nak amik gambar dengan aku . Gambar tuh takde laa banyak sangat , tapi adelaa jugak kan ? Terima kasih akak (: Oyeah , sebelum snap snap pic dengan kak Farisha , aku , Mai & Aisyah pergi koperasi atas , beli air . Tiba-tiba terfikir nak makan maggi laa pulak . So , beli laa sorang satu then makan dekat dalam surau sebelah koperasi tu .












Pada waktu tengahari nak dekat balik ,

Aku ke sana ke situ ke sini ke mari ke nun sana ke hujung tu ke penjuru ke mana mana je laa sebab takde kerja . Then , aku buat keputusan untuk duduk je , tengok kawan aku main uno game sambil dengar lagu back to you B2st . Then , dah boring , snap snap laa banyaksikit kan . Pastu , nampak kak farisha dengan kak dayana lalu depan kelas ting. 1 . Tarik diorang , pastu snap snap x) Pastu tiba-tiba jee adik aku datang ke kelas aku . Rupa-rupanya dah pukol 12.30 . Aku dah cuak . Jadi , aku terus amik kamera , then snap sebanyak mungkin . Then , barulah turun .









Dah balik .

----------------------------------------------------

Kemungkinan tahun depan aku sekolah Abim lagi , I.Allah . Esok graduation tahun 6 & form 3 . Sedihnya tak dapat pergi . Mesti diorang comel pakai jubah yang aku pernah pakai tahun lepas dengan reben dekat kepala . Ya Allah , comelnya diorang .

I'm gonna miss 2011 .

Hey , Saya ada kakak baru .

No comments:

Post a Comment