Monday, January 16, 2012

Lalala nyanyi bersama

*Ini cerita semalam*

Assalamualaikum, hye.

Nak dengar cerita baru tak? Nak tak? okey.

So, pagi tadi, aku bangun awal seawal awalnya, k sebelum waktu subuh. Macam biasalah kan, solat itu wajib bagi orang islam. So, aku solat, selepas mandi. Okey, nak dipendekkan cerita, tujuan aku bangun awal, mandi pagi pagi buto nih, sebab nak pergi mendaki gunung, eh eh, bukit.

Kitaorang cadang, nak pergi sana lepas subuh sebab nak tengok matahari terbit. Tapi, terlambat sikit nak sampai sana. Nak naik bukitnya haaa, tinggiiiiiiiiii. Aku baru cadang nak join pbsm pergi gunung ledang tu, tapi lepas dah daki bukit broga ni (nama bukit tu), rasanya, niat aku tuh dah terbatal dah kot.

So, aku tak sampai pun ke puncak bukit tu, but dah nak dekat sampai lah, kira tenaga aku kuat lah tu kan, ngeeeee. Adik aku dengan ayah aku rasanya sampai kot dekat puncak, tapi sayang diorang tak amik gambar, mungkin sebab curam sangat, takut terjatuh cam/phone yang canggih tuh, wakakakakaka. Tapi aku tak cakap pun yang kitorang tak amik gambar langsung. Ada tu ada, tapi bukan dekat puncak lah cik akak abang adik oiii.


Maaf, dia suka syok sendiri.

Dan itulah dia ceritanya. Maaf, post kali ni, macam tak panjang, macam tak pendek, hehehehehehe, bye.

Aku suka buat leher@kepala kauorang sakit, wakakakakaka.

*Ini cerita hari ini*

Sampai sekolah, rasa macam ngantuk sangat. Tapi aku pujuk diri untuk jangan tidur. Sebabnya, aku dah ada niat nak buat kh yang aku tertangguh hari tu dengan tidak sengaja. Ok, buku teks dekat bawah meja, dah pun ada dalam tangan. Pen pun dah siap dekat atas meja. Aku rasa macam semangat nak buat kh ni.

Dan kauorang nak tahu part yang paling best?

AKU TERTINGGAL BUKU LOG DEKAT RUMAH!!!!!111

Dengan perasaan yang sungguh sadis, sedih, dan sangat gembira *tangan di dada/bahu, mata keatas* aku simpan semua barang barang yang aku keluarkan tuh. Dan disebabkan tragedi yang sangat sadis itu, aku malas nak buat kh. Okay semua, jangan risau, esok pagi aku buat, kalau aku tak malas. ngeeeeeeeee

Ohh, ada satu lagi berita gembira *sekali lagi, tangan di dada/bahu, mata keatas* SEMI dah tau dah rumah sukan. Ya, aku SEMI, eh eh, bukan, aku pelajar dekat SEMI. Okay, macam ni lah, nak dipanjangkan cerita.

*waktu rehat petang.

Loceng berbunyik. Aku amik beg telekung, dan keluar dari kelas. Tiba tiba, kecoh satu sekolah, ceh, depan kelas je. Aku pun dengan sifat ingin tahu yang membuak-buak, aku tanya lah seorang makhluk. Tiba tiba dia jerit dekat aku, 'eh eh kita sama rumah lah.' Aku pun pelik lah kan. Rumah apekebendanya dia ni. Then, terdengar lah pulak makhluk makhluk yang lain cakap, 'eh, kau rumah apa? aku rumah tututututut.' Aku pun terdiam, itulah cerita dia, wakakakakakawakakakakakaa

Okeylah, aku sebenarnya malas nak panjangkan cerita. So, aku nak pendekkan cerita ni sependek pendeknya.

*cerita pendek*

Merah. The end.

Ada faham? Bye.

*Dan ya, aku memang elakkan diri aku dari jumpa kau, maaf.

No comments:

Post a Comment