Friday, May 4, 2012

Chameghon Highlionsszzzz

Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, seperti yang sudah dijanjikan. Hari ni aku rahjin terlebih nak update pasal chameghon tu. Tapi mungkin aku banyak letak images, photo dan gambar serta wallpaper. walaupun begitu, itu tidak bermakna aku tidak akan membebel, ada faham?


So, chameghon ni korang tau kan dekat mana? nun jauh dekat pahang sana tu. k, kitorang bertolak dari sekolah dalam pukul 11 hingga 12 p.m, hari jumaat hari tu. lebih kurang banyak lah benda yang aku tertinggal. yang paling penting dan best sekali, aku tertinggal sweater yang aku tergila-gila sangat nak pakai dan juga baju mu warna putih. memang kurang asam binti masin dan manis betul bila sampai sekolah, baru nak teringat. huhh, dah nasib.

Nad, Nat.

Itu sebelum bertolak. Dalam bas, memang semua ternganga lah kan. bayangkan, siapa lah yang boleh survive tak tidur sampai pagi? okay, mungkin bus driver tuh je kot boleh survive. k, sampai chameghon dalam pukul, ermm, entah, aku pun tak ingat. oh sebelum sampai tu, kitorang ada stop dekat surau ke masjid, untuk solat subuh.
Sampai je terus turun bas, pergi breakfast@sarapan dekat kedai apetah, yang pastinya belakang sekali ada tulis 'SAM'. cikgu orderkan roti telur dengan teh tarik/milo. tapi airnya sampai masa kitorang dah habis makan. membaziak je.

Dari kiri, fatin, anonymous, sue, nad, ecah, sha, nat, sab.
Nat, Sha, Sab. *lupa nak bagitau, shakinah join kitorang sekali pergi chameghon. 
Ini Shara
Ini anonymous dari planet marikh.
Roti telur tu boleh tahan sedap lah. tapi, dalam geng aku, aku sorang je dengan sapetah yang dapat habiskan roti itu. k, lepas dah kenyang tu, cikgu suruh naik bas, tapi belum sampai lagi. so, kitorang pi jalan jalan dekat taman permainan dekat dekat situ. semua dah macam perangai budak budak dah aku tengok.

Gambar ni awesomeee.
Terserlah perangai sebenar mereka hahahahah
Gambar ni macam awesomeeee lah
Lepas bas dah sampai, kitorang berlumba lah nak naik bas kan. sebelum tu ada lah singgah beli stghawbeghi keghing dengan ghula ghula. 
k, lepas tu, kitorang lawat pulak tempat strawberi rasanya. dekat situ jugak, ada sekali macam taman bunga rasanya. dekat situ jugak, satu tragedi yang agak tidak diingini dan juga agak best berlaku. ada beberapa kakak besaaaaaaaaau cari pasal dengan kitorang. * "akak akak sekalian, kami tau kami famous, sampai akak semua nak usha usha kami, terima kasih ya. tapi minta maaf, kami tak layan mereka yang tak reti nak tegur kami dengan baik, harap maklum. oh, satu lagi, kami tidak terasa pun dengan kata kata akak akak yang tak pedas tu." * 

Mereka coooooooooooool.
Daftar masuk apartment tuh aku tak ingat sebelum ke selepas pergi taman bunga tuh. Tapi yang pastinya dalam apartment tu ada astro. itu lah part yang paling best.

Ini lah apartment nya.
Semua putih putih belaka.

Lepas dah lepak lepak dekat dalam bilik, buka astro segala, kitorang pi naik bas, pergi taman rama rama dan haiwan yang lain lain seperti, ular, katak, arnab, ikan, tupai, kumbang, labah labah, kala jengking, dll. Pastu, kitorang ada lah juga pergi tempat lebah.

Rama rama ini cantik.
Minum berdiri, makan pun berdiri.
Mereka memang comel belaka.
Lepas dah balik dari semua tempat tu, rasa macam penat gila. So, semua balik apartment masing masing. Geng aku apa lagi, lepak lah. dah penat gilaaaa. malam tu pulak, aku tak ingat sangat aktiviti dia. tapi, aku ingat, ada pergi pasar malam. bapak ahh, sesak gila. cikgu bagi duit sorang rm10, beli makanan minuman masing masing. 
mula mula turun tu, berkumpulan lah kan, lepas dah enter the pasar malam, habis berpecah 2 puluh. 
pusing pusing, nampak strawbeghi je. last last, beli kuey teow je. 
ontheway nak naik bas tu, kitorang macam sesat, jauh dan lamaaaaa sangat nak carik bas. dah lah takada cikgu langsung. tapi alhamdulillah, aku pandai lead wakaakakakakak

Balik daripada pasar malam tu, semua dah penat berjalan, dengan tragedi ini itu semua lah. lagi lah penat baaaaaai.
bertambah lagi penat, bila kump. aku kena naik tangga sampai tingkat atas sekali. oh lupa nak inform, bilik kitorang dekat tingkat ataaaaaaaaaaaas sekali. nasib apartment tu tak tinggi. malam tu aku pakai baju malaysia. semangat malaysiaaaaaaaa. *padahal esoknya baru malaysia lawan, piiiiiiiiiiiiidah.

kitorang tidur takde lah awal sangat. rasanya nak dekat pukul 12 malam baru kitorang tidur. sejuk gila malam tu. boleh beku kot aku.

esoknya pulak, kitorang bangun, mandi. aku mandi lambat sikit sebab pagi pagi, air dia sejuk maximum punya gila. cuba bayangkan, aku bangun pagi, pergi basuh muka, nak beku rasanya muka aku ni. inikan lagi nak mandi. 
dah siap siap tu, kitorang terus keluar. cadangnya nak pergi tempat lebah ke apetah pukul 8. tapi tanpa disedari, kitorang terbangun terlebih awal. jadi, taktau nak buat apa, kitorang lepak sat dekat playground dekat dekat situ.

Sha, anda di mana?
Kejadah muka macam tu?
Terjumpa budak ni.
Excited sangat diorang ni.
Lepak dekat playground ni macam agak best lah. k, pastu kitorang gerak pergi apartment/block K. kat situ tempat kitorang berkumpul untuk breakfast. 
dah breakfast semua, kitorang naik bas lah, gerak ke tempat lebah hitam kuning tu. pastu, ada pergi ladang teh.

Ini waktu nak tunggu cikgu ke bas, takada kerja kan.

Semua kemaruk icecream.


Ini Kalsom dan 3K


Add caption?


Aku rasa gambar ni macam cantik, tapi benda putih tu cam menyemak je kat situ.


Ni pun macam cantik doh.


Belakang tu, yang pakai spek merah tu, nama dia Ammar. pakwe nadhirah, heeee, maafkan saya.

Budak comel yang seterusnya.

Budak comel yang lain pula.

Subhanallah, cantiknya permandangan. Orangnya pun cantik jugak.

Lepas dah syok bau teh boh segala, kitorang singgah pulak dekat mana tah. kat situ ada banyak lah kedai kedai souvenir *aku tak expert english, jadi ejaan wajib salah.
Yang singgah situ cuma bas A. bas B singgah tempat lain rasanya. Lupa lagi nak bagitau, bas ada dua. sebahagian masuk bas A, sebahagian lagi bas B.

Stghrawbeghi edisi terbaghu.

Yogurt tu takde lah sedap sangat, rasa macam calcium, okaylah. tapi yang lagi sedap yang aiskrim punya.

Dah habis isi perut tu, kitorang bertiga (aku, sue, nat) pergi jalan jalan, memandangkan yang lain lembap sangat hhahahahah.
kitorang singgah lah dekat beberapa kedai, tapi cuma window shopping. baju dia mahal wooo.

No caption.

Tiba tiba terjumpa pulak kereta kuning ni, heheh

Penat gila lepas dah jalan jalan sana sini. lepas itu, kitorang pergi singgah makan tengahari. Bas A sampai lambat sikit, jadi, terpaksalah duduk satu meja dengan laki sekali. masa sebelum makan, rasa macam janggal je. semua macam senyap je, k faham penat kan.

haa, kitorang yang bas A ni, paling last yang tinggal, sebab makanan sampai lambat sikit. jadi, terpaksalah tercekik sikit hahahah. 
pastu, kitorang pergi bukit brincang ke berincing ke tu aku tak pasti, yang pastinya, kitorang naik truck. yang tak boleh blahnya, truck tu buruk k, buruk. tapi alhamdulillah, best lah. sejuk gila bila dah sampai kat puncak. memang best macam gila. tapi waktu ni jugaklah bateri kamera cikalak tu nak habis. 

Balik apartment tu aku tak pasti petang ke malam, tapi yang pastinya, kitorang memang penat. Aku dengan ecah tidur paling awal, sebab penat sangat. tapi rasanya sebelum tidur, kitorang ada keluar sat jalan jalan dekat apartment sebab nak tunggu amik maggi. 
aku baru teringat, ada satu tragedi berlaku sehingga kan kawan aku sendiri tak perasan yang aku terpelecok dilanggar oleh orang sehingga luka sedikit. oh sungguh sedih. 



Sakai je.

Macam cool kan?!



Esoknya pulak, kitorang pack pack baju siap siap sebab nanti nak pergi the lost world of tambun. tapi sebelum tu, kitorang pi singgah kedai kedai souvenir, tapi tak banyak beli. keychain tak banyak yang cantik cantik. beli teh, dengan lolipop je. Dekat tambun tak banyak gambar. Sebab kamera simpan dalam lokar.

Dslr Nada. woot woot.
Comel lah diorang.
Cam sakai je yang kuning.
Tak sempat mahu peace.
Ilyas comel <3
Satu gambar yang cantik itu telah dibuang. Saya sedih.
Saya masih sedih.
Ini pakwe Nad.
Lupa nak kata, lepas dah syok mandi tu, kitorang makan. pastu boring kan, singgah lah dekat tempat mainan yang, alaaah, guna token tu. yang kalau menang dapat patung. macam gmbr atas ni. aku tak main pun, malas. aku sedekahkan token tu dekat pakwe Nad tu. 

Dah habis enjoykan diri, kitorang balik. tapi sebelum tu kitorang singgah dekat r&r tapah. bas A je lah. bas B singgah dekat ape bernam tah.
sedap weh aku melantak coolblog. eh, aku ada berita hangat ni. waktu aku tengah nak tunggu coolblog aku, ada mamat kat satu kedai tu, tegur aku, dia cakap 'Hai' hahahahahah bapak vangang xD Ok dah ah, baaaaai. 

*Maaf, gambar aku tak banyak, sebab aku dah jadi photographer yang cukup pro dan daebakkk*

*Gambar dekat sini tak banyak, esok InsyaAllah aku upload banyak banyak dekat muka buku k*



Aku teringin nak pergi Cameron lagi, serious.

4 comments: